SERIUS TAK BERBALOI BELI IPHONE XR?

Apple mengeluarkan iPhone dengan harga yang sedikit murah dan tentunya masih bukan mampu milik. Tanda harga bagi iPhone XR variasi 64GB RM3599 manakala bagi iPhone X 2017 variasi 64GB berharga RM4299. Walaupun tidak disenaraikan di dalam laman web rasmi Apple ianya masih dijual oleh pengedar yang sah seperti Machines, Switch, dan lain-lain.

iPhone XR mempunyai beberapa perbezaan berbanding iPhone XS/Max. Antara kekurangan iPhone XR pada bahagian panel LCD bukanlah AMOLED yang lebih menyerlah dengan warna yang lebih cantik. Selain itu, resolusi skrin pada iPhone XR hanya 720p bukan 1080p yang tentunya sangat kecil dan sudah lapuk bagi kami dengan harga premium RM3599 dengan resolusi HD bukan Full HD.

Tambahan lain, ketiadaan ‘3D touch’ yang sangat berguna dan merupakan fungsi terpenting dan kenapa pengguna zaman kini menggunakan teknologi dari Apple. '3D touch’ sangat eksklusif pada iPhone kerana fungsi yang hebat dan menarik ini diperkenalkan pertama sekali pada iPhone 6s dan sehingga kini. Walaupun kelihatan peranti Android yang lain cuba meniru dan membuat teknologi yang sama tapi masih belum memenuhi keperluan pengguna dan fungsi yang terlalu terhad.

Pada bahagian kamera pula ada beberapa kekurangan iaitu tiada dua kamera bermakna tiada depth sensor lensa dan tiada optikal zoom. Namun Apple memberi sokongan fungsi Bokeh pada iPhone XR walaupun tanpa menggunakan dua kamera. Selain itu, RAM cuma 3GB sahaja dan tahap kalis airnya ialah IP67 sama seperti iPhone X 2017. RAM 3GB pada iPhone bukanlah sesuatu yang tidak bagus kerana prestasinya masih cukup baik dan boleh melakukan multitask tanpa hang atau lag.

 Tambahan lain, iPhone XR sedikit tebal dan juga berat berbanding iPhone X 2017 ini juga berkait rapat dengan penggunaan LCD yang kita sendiri sedia maklum bahawa panel OLED jauh lebih nipis berbanding LCD. Selain itu juga, kapasiti bateri pada iPhone XR juga dibesarkan sehingga 2942mAh.

Kelebihan pada iPhone XR pula Liquid Retina HD yang dikatakan Apple adalah LCD tercantik. Tidak dinafikan Apple mempunyai LCD yang cantik pada model sebelum ini dengan teknologi Retina HD mereka. Tetapi, tahu tak korang iPhone XR membawa skrin sebesar 6.1 inci dan resolusi cuma 720p. Ini sangat memalukan kerana iPhone 6 Plus pada tahun 2014 dengan skrin 5.5 inci sudah menggunakan resolusi 1080p Full HD. Bagaimana pula dengan 6.1 inci yang lebih besar?

Selain itu, kelebihan dari pilihan warna yang menarik dan beberapa warna baru yang diperkenalkan oleh pihak Apple iaitu biru, kuning, coral dan juga merah. Warna hitam dan putih adalah warna biasa seperti model iPhone yang sedia ada. Tambahan lain, penggunaan CPU A12 yang baru daripada Apple sama seperti iPhone XS/Max yang akan membawa prestasi iPhone XR pada tahap yang maksima. Antara kelebihan lain, dua sim yang disokong pada iPhone XR yang mana dilihat menjadi kegunaan harian masa kini.

Pada pendapat kami, iPhone XR adalah tidak berbaloi kerana penggunaan skrin 720p dan ketiadaan 3D touch yang boleh korang tambah sedikit duit untuk dapatkan pada iPhone X tahun lalu. Tetapi kalau korang berminat dengan warna yang menarik dan prestasi CPU A12 tiada masalah untuk membelinya kerana itu duit korang. Cuma, sekiranya korang mampu keluarkan duit sebanyak RM3599 hanya untuk memiliki gadget ini bermakna korang bukan tak memiliki duit. Jadilah pembeli yang bijak dan perlu diingatkan iPhone bukanlah peranti terbaik cuma antara peranti terbaik. Apapun ini hanyalah pendapat kami tentang iPhone XR. Komen pendapat korang yang bernas diruangan komen supaya sama-sama kita dapat info yang terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

IPHONE MURAH SHAH ALAM

MENCARI PHONE MURAH SHAH ALAM?