5 SEBAB ORANG KECOH PASAL HUAWEI MATE 20 PRO


Teruja!! Sejujurnya, itulah perasan yang timbul selepas melihat model terbaru yang diperkenalkan oleh Huawei iaitu model Mate 20 Pro. Selain dari itu, turut diperkenalkan juga Mate 20, Mate 20 X & Mate 20 RS Porsche Design. Aku nak bercakap sedikit tentang keterujaan aku berkaitan Mate 20 Pro.

Oktober 2018 ini adalah sebuah bulan yang dipenuhi dengan "PERANG FLAGSHIP", Terlalu sarat dengan kehebatan yang dipersembahkan oleh pengeluar lain. Huawei turut menambah lagi kehangatan ini dengan memperkenalkan peranti penanda aras premium mereka iaitu Huawei Mate 20 Pro!

REKAAN
Rekaan asas panel kaca dibahagian belakang menunjukan bahawa Huawei sememangnya akur dengan tuntutan trend pada masa sekarang. Pilihan 3 warna iaitu black, emerald green & twilight, ia dipenuhi dengan unsur elegan menampakkan lagi kemewahan pada peranti ini. Rekaan ini juga mampu menyokong ip68, sekaligus memberi ketahanan dari percikkan air mahupun debu.

PRESTASI
Ia merupakan peranti pertama yang dilengkapi dengan cip pemprosesan bersaiz 7nm, semestinya memberi sesuatu pembaharuan yang luar biasa! Dijana dengan cipset Ai Kirin 980, kemampuan cip ini menjanjikan peningkatan CPU sebanyak 75% manakala 45% bagi GPU berbanding cipset yang sebelumnya.

BATERI
Kapasiti bateri yang besar sudah menjadi tuntutan oleh pengemar gadget, tidak hairanlah jika pengeluar sering berlumba lumba untuk menghasilkan kapasiti bateri sebanyak yang boleh. Jadi tersangatlah mustahil bagi Huawei untuk mengabaikan tuntutan ini, dengan kapasiti bateri sebesar 4200 mAh ia menjanjikan jangka hayat peranti lebih lama ketika digunakan. Keterujaan dengan kapasiti besar tidak terhenti disitu apabila Huawei turut memperkenalkan pengecas pantas yang luar biasa dengan kemampuan mengecas sebanyak 70% dalam masa 30 minit sahaja! Sebuah lagi ciri baru turut diperkenalkan oleh Huawei iaitu Wireless Reverse Charging, sebuah ciri dimana menjadikan Mate 20 Pro sebagai sebuah wireless powerbank yang mampu mengecas peranti yang menerima sokongan wireless charge.

KAMERA
Terlalu melambung gah nama sesebuah peranti jika menjanjikan kemampuan kamera luar biasa. Akan tetapi, itulah kehendak yang patut dituruti atas kemahuan pengguna. Mate 20 Pro tampil dengan 3 kamera belakang, diperlihatkan 40 mp (wide) , 20 mp (ultrawide) & 8 mp (telephoto). Dengan dilengkapi lensa optik Leica, ia menjanjikan pemprosesan gambar akan lebih menarik &, hebat!

Jika dilihat dari penambahan yang dilakukan oleh Huawei bukan sebuah peningkatan yang sedikit. Mereka memberi pengguna peluang untuk memiliki peranti premium dengan prestasi terunggl!

Jom follow Gadget Murah Klang :-

Gadget Murah Klang
Gadget Murah Shah Alam
Gadget Murah Plaza Alam Sentral

Pages : www.facebook.com/gmkhqshahalam
Pages : www.facebook.com/gmkhq
Instagram : www.instagram.com/gmkhq
Instagram : www.instagram.com/gmkshahalam
Twitter : www.twitter.com/gmkhq2016
Carousell : my.carousell.com/gadgetmurahklang
Blogspot : https://gadgetmurahklang.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

IPHONE MURAH SHAH ALAM

MENCARI PHONE MURAH SHAH ALAM?