ONEPLUS 6T EDISI MCLAREN BAKAL DILANCARKAN!


ONEPLUS 6T AKAN HADIR DENGAN EDISI MCLAREN!!
"Flagship killer", Itulah istilah yang boleh digambar untuk peranti Oneplus pada suatu ketika dahulu. Hadir dengan harga mampu milik dan menyediakan ciri yang berkemampuan tinggi serta dilengkapi dengan Oxygen OS yang mana antara yang terbaik di dunia, Ia menjadi tunjang kejayaan untuk peranti Oneplus.

Pada tahun ini, Oneplus tampak lebih unggul apabila buat julung kalinya mereka telah berkolabarasi dengan jenama kereta ternama iaitu Mclaren. Sebelum ini, Oneplus lebih tertarik untuk berkolabarasi dengan filem francais seperti Star Wars & Marvel Avengers. Peranti kolabrasi Mclaren ini bakal dilancarkan pada 11 Disember ini & bakal menemui pembeli di China terlebih dahulu pada 14 Disember kelak.



Berikut merupakan spesifikasi yang bakal hadir untuk Oneplus Mclaren Edition, Peranti ini bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 845. Akan disertakan dengan dwi kamera yang berkemampuan menyerupai peranti Oneplus yang lain. Apa yang luar biasa tentang model kolabarasi ini ialah, Ia bakal dijana dengan 10gb RAM & 256gb ROM. Menurut sumber, Kemampuan Dash Charger bakal dipertingkatkan untuk model ini. Bagi sokongan untuk 5G pula kami masih tidak mendapat sebarang maklumat.

Korang dah ready dengan kelajuan yang bakal hadir nanti?



Comments

Popular posts from this blog

IPHONE MURAH SHAH ALAM

MENCARI PHONE MURAH SHAH ALAM?